Hang Napi
[ sharing iz caring ]
Wednesday, December 26, 2018
Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2019
Memandangkan dilantik jadi Guru Blog sekolah sesi 2019 maka terpaksalah mengaktifkan diri semula ke alam blog ini.
Wednesday, December 14, 2011
RAE Tips
Radio Amateur Examination (RAE)... Alhamdulillah dah selamat mendudukinya tahun lepas di MITC, Melaka bagi siri 4/2010. Terima kasih kepada rakan dari Johor Jaya yang menumpangkan ku ke Melaka untuk mengambil RAE tersebut. Walaupun study lebih kurang namun LULUS! Sungguh tak percaya namun itulah keputusannya. Malam sebelum peperiksaan, jawab set soalan Seberang Prai dpat 40% jer.... Esoknya sementara menunggu rakan berhampiran tol Kulaijaya, dok study soklan.... hapal mana yang mampu. tapi memang dah target soalan berkaitan pengiraan dan formula elektrik akan keluar. Kira dah prepared la topik tuh! Target 5 soklan, yang kuar cuma 3 sahaja (kalau x silap)... memang yakin betul semua heheheh. Nasib baik pengiraan kuasa perintang ikut warnaya tak kuar heheeh. Soalan general boleh dikatakan banyak la juga ekkk.... pasal peraturan pendaftaran serta kelayakan mengambil lesen RA, pecahan wilayah dunia, callsign semenanjung dan SSL, Tatarajah penyambungan SWR Meter dan Balun (konpom kuar satu soalan balun nih)... aku pon x tahu apa benda nih, pas habis exam baruler diinfokan oleh rerakan lain.


Sengaja nak share pasal QSL Card. Mula-mula sampai kat MITC jumpa Pak Rio yang menghantar anaknya ambiln RAE 4/2010... siap bagi QSL Card lagi..... tapi x reti nak ngisik nyer. Dah setahun berlalu, masih xde modal nak g cetak kad nih.... kengkawan cakap, rakan HF yang biasa main kad nih..... obersea baru syok ala-ala penpal bagi surat ler.... itu yang bestnye tuh!
Akhirul Qalam, Semoga berjaya diucapkan khas kepada semua calon RAE. Kalau buntu, pilihla jawapan paling panjang!
Tuesday, December 13, 2011
Monday, December 12, 2011
Baby Kecik (TYT TH-2R)

PENGENALAN
TH-2R adalah begitu kecil, sebesar saiz kad kredit yang boleh disimpan di dalam poket anda sepenuhnya. Ia mempunyai 108 saluran memori, FM radio, scrambler, companding suara ... dan sebagainya. fungsi-fungsi lanjutan, juga nisbah harga berprestasi tinggi. Dan reka bentuk pengecasan USB adalah mudah apabila anda berjalan. Menggunakan bateri sama seperti nokia yang mudah didapati. Kebiasaanya digunakan untuk monitor or standby mode apabila portable atau ada eyeball. Dan paling penting mempunyai quadband, namun hanya satu band boleh digunakan pada satu-satu masa sahaja;
FM 70 - 108 MHz
VHF 136 - 174 MHz
UHF 430 - 440 MHz
====????=====
Satu-stunya yang menjadi masalah bagi langkah setting VFO bersaiz 6.25kHz, jadi anda tidak mungkin dapat menetapkan frekuensi yang tepat yang diperlukan untuk frekuensi repeater atau simplex (146.5175 hanya boleh di setting kepada frekuensi terhampir 146.520).
Pewangi Kereta Jenis Kadbod

Dengan harga RM6.50 sekeping (SM) pastinya berbaloi untuk dimiliki dengan ketahanan sehingga 2-3minggu. Jika dalam botol boleh bertahan sehingga 4-5minggu. Akan datang, design baju melayu dan kebaya juga akan mula dijual.... perghhh best juga untuk dijadikan koleksi atau hobi heheheh. Erm.... wangi.... dan menarik hati seyyyy.

Dunia Radio Amatur

Bermula dengan handy Puxing E-Talkie PX-777 (2nd hand) dibeli dari bang Pie (TDM-EXO), bertukar kepada Rig 2nd juga iaitu Kenwood TM271A (RM400) dan kini ditambah dengan budak kecik TYT TH-2R (RM300). Ekor pari masih gunakan yang lama (2nd) jenis Lar Seng, untuk base dah di dirikan antena Slim Jim dengan ketinggian 15 kaki dari aras tanah.

Untuk koleksi gambar, sila rujuk di facebook/hangnapi
Tuesday, May 17, 2011
Boring or Bored?
tak kira apa hobi anda... yang penting anda gembira dan kalau dah bosan carilah hobi baru yang anda boleh menten.... hihiikk lagi cantekk kalau leh jana pendapatan!
p/s: My Current Hobbies - Car Convoy/Fundrive - JJCM - Badminton - Radio Amatur - PTT Maxis - FB......