Monday, September 28, 2009

Exora: Servis 10k

Balik dari open house cg exora aka Zaid di Umbai, Air-cond exora buat hal pulak... angin blower x kuar, macam tersumbat... hangin satu badan dibuatnya. Bila check Odo, memang dah tiba masa untuk servis 10k rupanya... kat Kluang, lalu depan service centre... tutup la pulak... Ooh hari ahad dia tutup yerr.

Anyway, petang esok terus g servis... dia suruh g servis kat kedai air-cond under proton dekat Wisma Bunga, Kluang. Evercool Sdn Bhd, memusing mencarinya.... gara-gara jalan nak ke kedai tuh one way. Pas dia check 10 minit la jugak, dia pesan next time mesti mau on dua-dua butang Air-cond dan Inner-Air. Dia suruh datang hari lain, tinggalkan kete setengah hari untuk tukar termostat controller ke ntah apa namanya pun...


Sampai hari ni belum sempat nak buat temujanji lagi... dahler minggu ni kena jaga PMR kat SSA..... hmm... tapi hari jumaat ada 1 paper jer.... boleh balik awal. atau kena balik ke sekolah semula? Susahla camni kena tinggalkan kete kat situ... nak lepak kemana nanti.

TT Raya EOCM & Papago Installation



Alkisah, sebuah pertemuan antara Exorian dari KL, Melaka dan Johor telah diadakan di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka pada 26/9/09 sekitar jam 3ptg-7mlm. Setelah puas menunggu Exorian yang tidak kunjung tiba, seawal jam 5 petang, aktiviti diteruskan dengan Garmin Installation, namun cuma 2 GPS yang sempat di-installkan.


Next, kami bergambor sakan dihadapan kereta masing-masing (thanx to our cameraman-Poknik), tidak dilupakan bersama-sama keluarga Exorian dihadapan pentas utama. Bab makan agak kelam kabut sikit berikutan kekurangan kerusi dan meja. 6.30 petang baru majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat + doa makan oleh Al-Fadhil Ustaz Ayohsu diikuti ucaptama Lan Rambai selaku Presiden EOCM. Acara dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah.... untuk makluman semua hadah tersebut dibeli di Carrefour Ampang - memang berbaloi bayaran RM5 seorang.


Sekitar jam 8.15 malam, kami sekeluarga bertolak pulang ke Lubok Redan, Melaka.... bila g ke parking, tengok semua Exora sudah tiada... rupa-rupanya kami antara yang terakhir pulang. Bukan apa, petang tuh x sempat nak meninjau tempat-tempat menarik yang ada di Umbai... Sayang sekali, menaranya ditutup kerana ada kerosakan.

Anyway, sampai aje kat umah mertua, terus on laptop untuk install Papago pulak... memang mudah, just copy all the files in the SD Card... then restart! terus ok. Tak sabar nak ke umah cg exora untuk umah terbukanya... disamping nak installkan Papago ke dalam GPS-nya. Aduhai, makan masa 2 jam gara-gara ada komplikasi virus. Folder Guider (backup Lokatoo-nya) dah corupt akibat infeksi virus. Namun, Garmin dan Papago boleh digunapakai.

Dari open house cg exora di Umbai, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Tenggara melalui jalam lama Merlimau-Muar-Batu Pahat. Jalan lancar walaupun banyak kete... air-cond pulak buat hal...
Reblog this post [with Zemanta]

Raya with Western Food @ Hulu Langat



Bonda dan Ayahanda beraya di Kamunting, Perak bersama-sama dengan adik beradik yang lain, Ery (Pak Long), Ena (Mak Lang), Awai (Pak Teh) dan Ayu (Acu). Kakak (Mak Ngah/Nyah) dan aku (Pak Ude) beraya di rumah mertua masing-masing di Kg. Melayu Ampang dan Masjid Tanah. Raya ketiga baru kami berkumpul bersama, itupun dah lewat petang. Esoknya masak laksa.
Khamis kami beraya di Pahang, ehem.. ke Majlis Perkahwinan sepupu, Atan. Kami sampai agak lewat sekitar 2.30 ptg. Lauk pun cuma tinggal rendang daging, kuah tempoyak (ikannya dah habis) dan kerabu jantung pisang. Punca kelewatan adalah kerana terpaksa berhenti beberapa kali berikutan anak buah yang berusia 6 bulan asyik muntah - x biasa jalan jauh dalam kete agaknya. Sian dia.... masa kat Sg Ruan depan umah lama (wan & aki) di Kg Ulu Gali, sekali lagi baby muntah... kami singgah di laman Teratak Shalati2 - terus singgah beraya.

Apa yang menarik adalah sebuah basikal bermotor warna pink dok parking kat rumah tuh. Harganya dalam RM2k. Kelajuan maksima cuma 60km. Balik dari kenduri kahwin kami singgah beraya umah sahabat lama, Taufik Ishak - rakan sejak PMKP-UKM. Then kami teruskan persinggahan di Kg Ulu Gali. Disebabkan kekurangan minyak, me and my father ke Raub bukan nak cari kacang sempalit tapi Stesen Minyak Petronas. Baru 3km, minyak habis... nasib umah pakcu ada peralatannya. Adalah sekitar RM10 minyak yang dituang dalam tangki, terus enjin exora bergerak mencari Petronas. Ahah, ntah macamana tersalah bajet la pulak... mungkin penggunaan minyak lebih banyak berikutan turun-naik bukit yang agak curam semasa pergi dan balik ke rumah Pak Long. Anyway, kami teruskan perjalanan ke rumah Pak Anjang la pulak, makan malam disitu dan sekitar 6.30ptg kami bertolak ke KL dan tiba di Hulu Langat jam 9.30 mlm.
Jumaat malam sabtu kami buat Barbeque (BBQ) la pulak. Tolong makan jelah, sibuk membeli-belah di Carrefour untuk cabutan bertuah di TT Raya Southern Region di Umbai pada 26/9 di Umbai. Pergh, Chef Atan masak pelbagai jenis sup, memang best! Kelas gitu. Dia jugalah yang membakar daging (beef and lamb). Tak berani nak ganggu... hopefully akan menjadi satu tradisi raya pada masa akan datang. Orang lain kacau dodol atau bakar lemang kami bakar BBQ.
Ni hah gambar Taufik yang masih single bersama rakan serumah dari Sabah.

Reblog this post [with Zemanta]

Raya @ Masjid Tanah


Kami sefamili membuat persiapan raya di Masjid Tanah, Melaka. Selaku anak sulung, orang rumah kenala mengemas rumah kedua orang tuanya. Tahun ini semua adik-beradik ada... walaupun Mirul & Alang agak kelewatan sedikit. Puasa terakhir memang meletihkan, banyak perkara yang nak diuruskan, pasang langsir, lap tingkap, bersihkan longkang, merumput, sapu sampah.... dan tiba-tiba nak dibakar lemang. 30 batang tuh... orang penting tak balik lagi, hmm terpaksalah yang bongsu menjaga bara. Tapi akhirnya bapa mertuaku juga yang terpaksa ambil alih berikutan kami berdua ke KLIA untuk menjemput Mirul. Bertolak sekitar jam 6.00 petang, berpandukan GPS-Garmin kami melalui Port Dickson dan tiba di LCCT seawal 7.30 malam. Apa lagi, teruslah berbuka di KFC. Bila tengok skrin penerbangan, takde pulak Flight dari Labuan... cisss! Salah Airport nih.... nak call empunya badan, x dapat dihubungi. Kami terus bergegas ke KLIA pula.

Pagi Syawal yang mulia kami dikhabarkan dengan berita sedih berikutan kematian Mak Ngah, kakak bapa mertua sekitar jam 4 pagi. Pagi tuh kami tidak sempat menunaikan solat AidilFitri, sebaliknya bergegas ke kampung di Durian Tipus (Jempol). Jenazah telas siap dimandi dan dikapankan di HUKM dan tiba dikampung seawal jam 7 pagi , dikebumikan di Tanah Perkuburan jam 12.00 tengahari.

Pada malam raya kedua, barulah terasa suasana Hari Raya apabila semua adik-beradik ibu mertuaku pulang dan berkumpul di Lubok Redan, Masjid Tanah. Aki sahaja yang tiada, jika tidak lengkaplah anak-anak Merah & Arwah Nek Lijah. Mercun dan bunga api habis dibakar. Meriah sungguh. Siap ada sesi fotografi lagi....

Keesokan harinya, (raya ketiga) kami bersiap untuk pulang ke Hulu Langat, SDE. Yang lain-lain lengkap berpakaian Baju Raya untuk kerumah YB.... sempat jugalah bergambar kenangan di depan umah. Kami singgah ke Seremban, umah Kak Liza dan Mak Encik. Inilah kali pertama kami singgah selepas hampir 7 tahun berumahtangga. Sampai jua akhirnya.

Sunday, September 13, 2009

Koleksi Soalan Matematik : Percubaan PMR 2009

Adakah sukar untuk mencarinya? Hmm... ntahler, semua soalan percubaan PMR di Johor dikutip semula dan disimpan oleh pihak sekolah. Murid tidak dibenarkan menyimpannya. Alasan diberikan adalah kerana ada murid yang belum mendudukinya - tidak hadir. Tapi yang peliknya, cecikgu juga tidak dibenarkan membawa keluar soalan (walaupun peperiksaan telah habis) dari bilik setiausaha peperiksaan. Alasan yang lebih baik diberikan, arahan pihak JPNJ. Kawan terpaksa akur dengan arahan tersebut. Hari nih, pas sepagian mengoogle soalan Matematik 2009 jumpa juga soalan Johor di laman sribd. Soalan dari Sabah, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, SBP dan Perlis juga ada. Soalan MRSM agak sukar ditemui kecuali yang lama-lama. Tapi kalau nak lebih mudah, buka aje laman ini;
http://rosmah.blogspot.com/ >>>>>>>>Terima kasih Cg Rosmah!
http://profprima.blogspot.com/>>>>>>>UPSR, PMR, SPM dan STPM pun ada. TQ!

Saturday, September 12, 2009

TT Moreh : 1st TT Southern Region



Seperti yang dijanjikan satu pertemuan bersama Exorian dari Southern Region telah diadakan di Restoran Nasi Lemak Senibong pada jam 9.30mlm (12/9/09) dan berakhir sekitar 11.30mlm. Sayang sekali hanya 4 orang sahaja menghadirkan diri. Hmmm, nape susah sangat nak kumpul Johorian (Exorian)? Sebenarnya, kawan rasakan... Installation Garmin menjadi tarikan utama untuk Exorian berkumpul - thanx to Dtoyol & the geng. Diharapkan pertemuan akan datang akan lebih bertambah meriah dengan kehadiran Exorian yang lebih ramai. TT Raya Aidilfitri yang bakal diadakan di PIBT, Umbai Melaka juga masih hambar....

Yang hadir TT Moreh termasuklah empunya badan, muhandis yang bakal menerima Exoranya tak lama lagi. Johnny dari Kelapa Sawit, Kulaijaya yang menunjukkan minat untuk menginstall Garmin ke dalam Lokatoo yang jarang digunakannya. Selain itu bro Johnny juga telah memasang Surbo dengan harga RM170. Aje (Aze...), dari Johor Jaya pula nampaknya mengutamakan car security - menghabiskan RM600 untuk t-rex, Steering Lock. Terima kasih daun keladi, lain kali ngeteh belanjala lagi.....

Pagi nih pas sahur ingat nak tengak kalau-kalau muhandis dah upload gambar tapi bila bukak forum Exora, ada private msg masuk dari vir, perghhhh.... Central Exorian makin advance dalam bab Garmin Installation. Di bawah nih gambar menu utama LOKATOOGARMINPAPAGO...... nih yang jeles nih.

p/s: janji 9.15mlm tapi kawan sampai 9.30mlm - I'm Sori

Garmin Mobile XT Windows CE 5.002w

Berikut merupakan pembetulan untuk Install Garmin:

1. Dapatkan GMXT Windows CE 5.002 bukan 5.001!
http://www.4shared.com/file/91541265/d087459b/GarminMobileXTforWindowsCE_50020w.html

2.Extract file exora_gps_release, copy-paste dalam folder Garmin kat SD Card. Replace - OK!

3. Seperti biasa... check card ID dan crack guna keygen.

Friday, September 4, 2009

Lokatoo vs Garmin

I'm back... dah lama tak jenguk blog sendiri nih. Bukan apa, cuti seminggu balik kampung berbuka puasa dengan sedara-mara. Pastuh study PTK - amik tajuk Komputer, buku nota / latihan xde so x study lah hehhehehehehhh.

Then sibukkan diri ngan EOCM, Kelab Exora - baru je dilantik jadi wakil Southern Region. Tengah planning nak buat perjumpaan (TT Raya), ntahler.... cam x ramai je yang berminat nak ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) di Umbai Melaka pada 26/9/09 (Sabtu) jam 3.30 - 7.30 malam. Semua empunya exora dijemput hadir dengan sanak saudara. TT Raya nih mungkin di adakan serentak di Utara, Timur dan Selatan. Central Region kena buat hari lain supaya boleh buat TT Raya terbesar di Malaysia.


Hari nih masuk blog sebab baru selesai install Garmin ke dalam Lokatoo. Untuk makluman, Lokatoo adalah GPS yang diperolehi apabila membeli H-Line Exora jenis A1000 iaitu versi lebih advance berbanding Persona SE. Dah 2 malam tak g teraweh, mencuba akhirnya membuahkan hasil, namun map belum ada sebab kawe dah fed up, kata orang Pahang. Mengharap pada rakan-rakan EOCM yang lain untuk membantu... jadi, besarlah harapan agar TT Buka Pose dapat diadakan somewhere in JB or Senai next week.

Berikut steps untuk install Garmin ke dalam Lokatoo A1000 (Exora)
1. Download software berikut;

Windows Mobile:
http://www8.garmin.com/software/GarminMobileXTforWindowsMobile_50010w.exe

voice:
http://www8.garmin.com/software/GarminMobileXTSupportFiles_4xxxx.exe

base map:
http://www8.garmin.com/software/GarminMobileXTFreeBasemap_4xxxx.exe

Cracked exe and dlls:
http://rapidshare.com/files/150655418/GarminMobileXTforWindowsCE_50010w_only_exe_and_dlls.rar.html
atau http://www.megaupload.com/?d=OFATZ0FW

Script:
http://rapidshare.com/files/150654973/GarminMobileXTforWindowsCE_50010w_only_RunGMXT_script.rar.html
atau http://www.megaupload.com/?d=0EIXJWMI


2. Extract smua file di atas guna WinRar ke SD card. Boleh sambungkan Lokatoo + SD Card ke PC menggunakan USB Cable tetapi kena install garmin usb driver. Kalau xleh gak... lepas extract kat dalam pc, copy folder Garmin ke SD Card.

dan akhir sekali khusus untuk exorian:
http://www.4shared.com/file/129591859/fbfa7f03/exora_gps_released.html

3. Extract file exora_gps_release, copy-paste dalam folder Garmin kat SD Card.

4. Buka (edit) file GpsRunfile.txt dalam Sd Card dan taip:
//this file is set path of the file of navigator
"\SDMMC\Garmin\Garmin.exe"


Buka Lokatoo, click Navigator.... Welcome to Garmin. Setakat tu aje kawan mampu tolong. Nak install Maps dan POI kawan x expert lagi. Tapi bila dah on kena masukkan 8 digit passkey. Dapatkat Device ID dan Card ID di Setting/About dalam software Garmin. Then kena generate guna keygen.
p/s: Credits to Dtoyol and the EOCM Geng.