Monday, July 27, 2009

Pekena Cendol T6

23 Julai yang lalu, Exora membawa 4 murid ke MARDI, Kluang berikutan bas tidak dapat memenuhkan kedua-dua kelas tingkatan 4SN1 dan 4SN2 SMK Bandar Tenggara 2 . Aktiviti ini merupakan tuntutan Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 4 dengan tema Kajian Flora dan Fauna. Selepas melawat Taman Herba dan Kandang Kambing Boer, Exora singgah sebentar pekena Cendol T6. Nasib kami baik, gerai tersebut baru sahaja dibuka. Pelanggan pun tidak ramai. Erm, boleh tahan cendolnya.


Kalau ke Kluang jangan lupa singgah! Ni dia, Exora dok parking kat bawah pokok di sebalik papan tanda ke Gunung Belumut yang telahpun ditakluk pada tahun 2004 bersama-sama Pengakap 50 (SMKBT2).

Monday, July 20, 2009

Family Day @ Punggai

Kali terakhir kami betul-betul family day ialah kat Tanjung Balau Beach Resort tahun 2006 or 2007 (kot). Kalau tidak, cuma makan-makan kat kantin sekolah ajela. Cam tahun lepas, agaknya tahun yang paling sibuk so Family Day seperti biasa dibuat di kantin sekolah yang sebenarnya 2 dalam 1 iaitu sambutan hari raya dan jamuan hari keluarga kuikuikui...

Seawal jam 5 petang sehari sebelum berlepas kami diminta hadir ke sekolah untuk pemeriksaan kenderaan masing-masing. Sebagai langkah-langkah keselamatan dan juga markah untuk treasure hunt. Ada yang terkantoi.... (road tax mati dan lampu break ketiga tidak menyala). Nasib baik dibuat pemeriksaan, sekurang-kurangnya tahu jugalah apa yang perlu ada dalam kenderaan masing-masing;
  • air bateri (Exora guna bateri kering 12v)
  • kain lap
  • toolbox (with tools ofcos)
  • fire extinguisher
  • tali
  • 1st Aid Kit
  • Safety Triangle/cone

Esoknya, jam 8.30pg kami dilepaskan oleh wakil DUN Panti dan diberikan sampul surat berisi Treasure Hunt Clues. Nyaris mengekor Avanza Ustaz Zainal keluar ke Felda Pengeli (sah x baca arahan Treasure Hunt). So kena beringat, slowkan kenderaan anda dan baca arahan dengan jelas. Kami diarahkan mengikut laluan Sg. Sayong - Kota Tinggi - Felda Air Tawar - Punggai. ada juga guru yang tersalah laluan (atau dengan sengaja) dan melalui Semanggar - Petri Jaya - Kota Tinggi - Punggai.

Semasa berhenti di gerai air selepas traffic light Kota Tinggi, Pn Zainab dan Uncle Hussin (Wira Sedan Gold) juga berhenti dan park didepan kami disusuli oleh kereta Pn. Anim (Wira Aeroback Hijau) tapi tetiba meneruskan perjalanan tanpa memberi signal kekanan. Tetiba kendengaran bunyi lori membrek.... fuhhh.... selamat (tiada sebarang kecederaan).

Kami meneruskan pencarian hinggalah tiba di Stesen Petronas untuk ke berjumpa Dr. Tan dan Das. Lama juga kami berhenti dengan harapan ada lagi treasure hunter yang lalu dan mungkin boleh berbincang. Hmmm... hanya Myvi Hijau yang muncul, berhenti seketika dan meneruskan perjalanannya.

Tak sangka rupa-rupanya kami antara yang lewat tiba ke Resort Punggai. Namun yang terakhir sampai adalah MyVi Hitam (3 Dara Pingitan). Namun tragedi menanti mereka di Punggai, semasa mengundur (untuk dapatkan parking) sebatang pokok kelapa nyaris tumbang dilanggar oleh seekor MyVi Hitam. Tersopek juga bumpernya. Ishhh... trauma juga pemandunya.


Sekitar jam 2.30 petang aktiviti sukaneka diteruskan dengan bola tampar lelaki diikuti bola tampar perempuan dan aktiviti khas untuk kanak-kanak pula. Seterusnya, boling kelapa.Sehinggalah ke kemuncaknya acara yang ditunggu-tunggu iaitu BBQ yang disediakan oleh 3 dara pingitan. Tak sangka, hujan lebat melanda tetapi ramai juga yang telah berada di dewan makan. Selepas acara penyampaian hadiah sukaneka dan treasure hunt, masing-masing bersama keluarga kembali ke bilik masing-masing berikutan hujan masih renyai - suasana yang sungguh enak untuk tidur walaupun jam menunjukkan 10.30 malam.

Keesokan paginya kami sekeluarga segera ke dewan makan untuk menjamah nasi lemak dan bihun goreng supaya dapat mandi manda pula di swimming pool yang lebih indah berbanding pantai yang dicemari sisa tumpahan minyak. Selepas puas mandi manda, anak-anak dibawa menyusuri pantai mencari cengkerang. Namun sampah sarap hitam banyak tersadai - memang sesuai dibuat aktiviti khidmat masyarakat tingkatan 4 dan 5 di sini.


Selepas mengemas dewan makan, kami sekeluarga mula berkemas dan bertolak pulang sekitar jam 11 pagi. Disebabkan masih awal, kami singgah ke Teluk Sepat, Johor Lama - lokasi aktiviti Khidmat Masyarakat Perdana Daerah Kulaijaya yang belum direalisasikan. Menarik juga dapat singgah ke Pusat Informasi Johor Lama yang dibina dengan kayu balau tanpa menggunakan paku bernilai RM600,000.00. Kejam sungguh tentera Portugis yang menyerang dan memusnahkan perkampungan dan Istana Johor Lama berikutan sering ditentang oleh tentera Sultan Johor setelah Kesultanan Melaka tertewas.


Singgah selalu menjadi hentian kami seterusnya untuk makan tengah hari. Ada pertandingan Zapin sedang berlansung di KipMart Kota Tinggi. Sekejap je kami meronda, badan dah mula letih. Perjalanan diteruskan, tetiba kereta Honda JGU Si Bujang Lapok memotong laju... ada kecemasan kot. Ingatlah orang tersayang!

Semoga aktiviti kekeluargaan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Mungkin juga konvoi ke Mandela, Pontian menjadi agenda seterusnya.

p/s: Tahukah anda, JLN adalah Exora pertama yang datang melawat Johor Lama. Kalau tak percaya boleh refer ngan pakguard tuh, check buku pelawat!
Reblog this post [with Zemanta]

Thursday, July 2, 2009

GL vs TA vs PE

Proton ExoraJLN... Jom Lumba Nak?


Yang mana lebih berbaloi?
  • Grand Livina
  • Toyota Avanza
  • Proton Exora
Anda tentukan.


Check this out.... Luggage Comparison between Grand Livina dan Exora.

Taukah anda, Exora = Grandis! Kenapa tak pecaya? Mungkinkah untuk menghasilkan Exora, Proton bekerjasama dengan Mitsubishi? Sila layari www.grandis_vs_exora.com. Memang gempak, bolehlah bikin exora menyerupai grandis especially skirting nya lah.....!