Tuesday, November 24, 2009

Penantian itu Penyeksaan!

Alkisah, kami masih di sini (Bandar Tenggara) meskipun cuti sekolah dah lama... masih ada beberapa perkara yang menangguhkan perjalanan pulang kami ke kampung. Geriji perlu di pasang, pendawaian elektrik akan dibuat pada hari selasa dan rabu. Isnin ke sekolah untuk melihat calon SPM (Guru Bertugas).... paper math! Hari isnin bila dapat gaji barulah rasa lega skit, tapi banyak bil yang perlu dilunaskan. Kipas terpaksa ditunda pemasangannya pada bulan depan. Bonus pun cukup sekadar bayar tol dan minyak untuk balik kampung.

Kisah 1: 5th Anniversary

20/11/2004 tarikh nikah kami.... hehehhh malam 20/11/2009 kami sambut ulangtahun perkahwinan ke 5 dengan makan pizza, itu pun tapau... heheheehhehh.... Orang lelaki biasalah mana nak ingat tarikh-tarikh penting nih, my dad is very good at remembering numbers, not like me! Dah 5 tahun tuh, anak masih dua... sepasang dah! Setakat nih kami tidak lagi merancang, kalau ada rezeki adalah..... Kami setahun dua ni sibuk besarkan kereta dan rumah jer...



Kisah 2: Taman Anggerik
Seronok betul bila dah ada rumah sendiri nikan. Inilah umah abg Hairul, salah seorang staff SMK Bandar Tenggara 2 yang telah membeli rumah di Taman Anggerik. Gambar ni diambil baru-baru ni selepas siap membuat pendawaian elektrik. DI pintu setiap rumah pasti ada poster yang offer macam-macam perkhidmatan termasuklah memasang geriji dan cornish. Setiap biliknya berlainan warna, oren, pink-purple dan biru.... tentu dah tak sabar nak masuk umah baru setelah sekian lama menyewa di Pinang Sireh. Tapi meter air belum dipasang lagi hehehh..... sabar ye.



Kisah 3: Konsert

Suatu hari makan di Bandar Tenggara ternampakla poster konsert ini. Menarik juga tapi sayang kami mungkin dah balik kampung.



Kisah 4: New Exora in SMKBT2

Ini pula sedara baru warga exorian di SMK Bandar Tenggara 2. Kini dah ada 2 putih dan sepasang hitam. Empunya diri belum daftar dengan EOCM lagi.... jangan tertipu dek spoiler tuh, kereta Exora M-Line tuh!


Monday, November 23, 2009

Bebudak Form 4 Datang Beraya...

Inilah antara tetamu terawal yang datng beraya di rumah baru kami. Datang mengejut so xdelah persiapan rapi.... makan kuih jeler. Anyway thanx sebab datang merempit ke rumah cikgu yang masih serba kekurangan.
Nasib baik ada kerusi tambahan, kalau tidak memang x cukup. Jangan serik untuk datang lagi tau.

Tuesday, November 3, 2009

Kereta Jimat Minyak

S:Dalam banyak-bayak kereta, kereta apa paling menjimatkan?
J: Kereta mainan...... (Jawapan lain ialah kereta rosak dan kereta sorong)


Proton Persona SE launched at Cineleisure Muti...


Berikut dinyatakan kenderaan buatan Malaysia yang paling murah penggunaan minyaknya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Asian Auto-BOSCH Fuel Efficiency Awards 2008.

1. Viva 4.8L/100km
2. Savvy 5.7L/100km
3. Persona 6.6L/100km

Rumah Diceroboh Penyangak


Isnin 2 November 2009 - Bandar Tenggara digemparkan dengan kejadian pecah rumah di Taman Sayong Pinang. Kejadian berlaku pada sebelah pagi apabila penghuni keluar bekerja. Apa yang lebih menggemparkan lagi, 2 buah rumah tersebut yang terletak di Jalan Pinang Kuning 10 dan 7 mempunyai no rumah yang sama iaitu No 5. Menurut polis, ini bukan lah kejadian pertama. Menurutnya, kejadian pecah rumah dengan modus operandi yang sama pernah berlaku sebulan yang lalu di Jalan Pinang Kuning juga. Kebanyakan rumah yang dipecah masuk adalah milik kakitangan kerajaan yang tiada penghuni pada sebelah siang kerana bekerja. Hasil siasatan mendapati cap jari suspek telah diperolehi dan akan di hantar ke Bukit Aman untuk dikenalpasti dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut seorang mangsa, hampir RM1000 tunai telah dirompak disamping barang kemas yang bernilai RM3000.

Pegawai penyiasat merakamkan cap jari yang sangat jelas yang diperolehi pada cermin tingkap yang digunakan sebagai laluan pecah rumah.

Tingkap jenis apakah yang paling selamat dan sesuai digunakan? Dikatakan tingkap sliding paling mudah dibuka tetapi penghuni boleh menyendal dengan meletakkan kayu pada alurnya agar tingkap tersebut tidak boleh di slide. Besi pada tingkap Natco pula boleh di jack atau dipotong menggunakan gergaji besi. Namun anda dinasihatkan memasang geriji atau grill untuk melengah-lengahkan penyangak atas cubaan memecah masuk kerumah anda.

Pemasangan alarm juga sangat digalakkan dengan kos hampir mencecah RM2000. Menurut beberapa pengguna, alarm ADT agak mahal berikutan pelbagai caj dikenakan termasuklah caj bulanan, caj panggilan telefon, caj mematikan alarm dan caj pengurusan yang rata-rata menyebabkan pengguna tertipu.
Reblog this post [with Zemanta]