Monday, December 12, 2011

Dunia Radio Amatur

Dah setahun lamanya bergelumang dengan dunia radio amatur... tapi dirasakan sedikit je ilmu yang diperolehi.... banyak lagi perkara yang perlu didalami. Semenjak Oktober 2010, hanya dengan handy/budak kecik je monitor jaluran Pelangi dan JASRA. Akhirnya, Oktober 2011 barulah jadi ahli rasmi Pelangi walaupon dah lulus RAE 4/2010 dengan panggilan 9W2BNP (Bang NaPi).


Bermula dengan handy Puxing E-Talkie PX-777 (2nd hand) dibeli dari bang Pie (TDM-EXO), bertukar kepada Rig 2nd juga iaitu Kenwood TM271A (RM400) dan kini ditambah dengan budak kecik TYT TH-2R (RM300). Ekor pari masih gunakan yang lama (2nd) jenis Lar Seng, untuk base dah di dirikan antena Slim Jim dengan ketinggian 15 kaki dari aras tanah.


Untuk koleksi gambar, sila rujuk di facebook/hangnapi

No comments: