Friday, June 26, 2009

my EXORA

Orange Red burst

Exora bukanlah kuntuman Bunga Jejarum atau siantan yang juga dikenali sebagai Ixora. Tetapi Exora merupakan nama yang diberikan kepada kereta pelbagai guna (MPV) pertama Malaysia keluaran Proton yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Memang hajat dihati ingin memilikinya tatkala mula dihebohkan meskipun tiada lagi dipasaran. Maka, pada malam pelancarannya, kami sekeluarga terus ke ruang pameran Proton Edar di Kulaijaya untuk membeleknya. Namun, Exora masih berbalut dek selimut yang tidak boleh diselak sehinggalah PM merasmikannya di KL. Namun atas desakan orang ramai yang mengerumuninya, sedikit demi sedikit kami selak selimutnya hinggalah terserlah kehebatan Proton Exora. Semua pengunjung terpegun sesuai dengan Tagline, You'll Be Amazed!

Kami sekeluarga 2...3...X, ke Proton Edar dan EON untuk dapatkan maklumat dan pakej terbaik untuk dipilih. Iyalah, pakejnya mestilah termasuk trade in kereta Wira PECA yang baru4 tahun kami gunakan. Harga pasaran RM22K, hutang ada RM28k lagi.... aiyoooh.. mana mau cari RM6k lagi! Offer terbaik RM23500 - cuma tambah RM5k aje. So, apa lagi, deposit RM1k terus dibayar untuk H-Line Tranquility Black. Korek sana, korek sini.... dapatlah cover duit muka RM8k. Cuma tinggal RM5k je lagi untuk cover duit trade in Wira. H-Line jadi pilihan sebab nilainya yang berbaloi, cuma tambahan RM6k aje boleh dapat macam-macam terutamanya Genuine Leather Seat, GPS Navigator dan DVD Player.



No comments: