Monday, July 27, 2009

Pekena Cendol T6

23 Julai yang lalu, Exora membawa 4 murid ke MARDI, Kluang berikutan bas tidak dapat memenuhkan kedua-dua kelas tingkatan 4SN1 dan 4SN2 SMK Bandar Tenggara 2 . Aktiviti ini merupakan tuntutan Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 4 dengan tema Kajian Flora dan Fauna. Selepas melawat Taman Herba dan Kandang Kambing Boer, Exora singgah sebentar pekena Cendol T6. Nasib kami baik, gerai tersebut baru sahaja dibuka. Pelanggan pun tidak ramai. Erm, boleh tahan cendolnya.


Kalau ke Kluang jangan lupa singgah! Ni dia, Exora dok parking kat bawah pokok di sebalik papan tanda ke Gunung Belumut yang telahpun ditakluk pada tahun 2004 bersama-sama Pengakap 50 (SMKBT2).

No comments: