Monday, August 17, 2009

Jom Tampal Sticker Exorian

Ahah, sticker Exorian dah lama dapat cuma ditangguhkan penampalan nya berikutan wujud perbalahan dimana tempat yang lebih afdhal untuk ditampal. Mulanya nak tampal EOCM-55 di atas Exora dan logo Exorian di tampal di atas CPS. Namun akur dengan kehendak pihak EOCM, maka semua sticker ditampal sebagaimana diminta. 1 Malaysia - 1 EOCM. Selepas sahaja solat jumaat pada 14 Ogos 2009, walaupun hujan lebat, terus ditampal sticker tersebut berikutan petang itu kami sekeluarga akan pulang ke Melaka untuk ke UTP, Tronoh Perak bagi meraikan Konvokesyen Ateh (adik ipar). Pelajarnya tidak ramai maka kurang kesesakan di sekitar Dewan Canselor mahupun di tapak pesta konvokesnyen. Gerai makan lebih banyak dari gerai pameran/jualan. Ingatkan bolehlah cari souvenir UTP yang pastinya sukar dicari ditempat lain, namun hanya T-shirt yang ditemui itupun tiada saiz yang sesuai dengan diriku. Tapi sempat juga ke Jualan Baju Petronas Sauber, amiklah dua helai T dengan harga RM40 (selepas diskaun). Di bawah ini adalah gambar anak-anak yang diambil di ruang pameran Petronas dalam bilik berhawa dingin, Ski-Doo namanya.
Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga dengan mertua menaiki kereta ke UTP, Perak. Jadi mana boleh dilepaskan peluang untuk ke Universiti Teknologi Petronas - bukan senang nak apply kesini. Tun Mahathir juga turut serta dalam Jamuan Makan Malam bagi meraikan graduan UTP batch yang keberapa ekk? ntah...

No comments: