Monday, August 17, 2009

Tanjung Piai vs Pulau Kukup

Welcome to The Southern Most Tip Of Mainland Asia which located at Tanjung Piai, Pontian, Johor. The place was name after Piai Raya, type of Mangrove Tree which can be found in here.

Seramai 70 orang murid dan guru yang turut serta dalam lawatan sambil belajar anjuran Panitia Geografi dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Bandar Tenggara 2. Ini merupakan kunjungan pertama kami, jadi rasa ingin tahu memang berkobar-kobar. Dengar dengan penuh tumpuan semasa taklimat awal. Pelbagai soalan diajukan semasa dibawa staff Noraini melawat sekitar Taman Negara Paya Bakau ini. Murid-murid pula sibuk menyalin nama-nama saintifik, baik flora mahupun fauna yang terdapat di sini. Almaklumlah, hadiah akan diberikan kepada murid yang mendapat senarai nama saintifik terbanyak.

Seterusnya selepas menunaikan solat zohor dan makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Kukup. Pulau Kukup juga merupakan Taman Negara Paya Bakau yang tiada penghuni. Untuk kesana dari pekan Kukup, mengambil masa 5 minit dengan menaiki bot tambang. Di penghujung denai, selain menara tinjau, perkhidmatan bot panjang disediakan dengan kadar RM2 seorang (murid sekolah) dan Rm3 bagi dewasa. Apa yang menarik disini adalah jambatan gantung sepanjang 20 meter.

Sayang sebab tidak dapat bergambar beramai-ramai di hadapan mercu tanda di pintu masuk, namun banayak juga gambar yang diambil di jeti yang menempatkan globe bumi gergasi. Cg Fadli juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan salah seorang staff (tour guide) yang mengiringi kami.

p/s: Cg. Fadli dah dapat nombor telefon Cik Noraini? Awas, jangan gunakan handphone - nanti bil melambung!

No comments: