Tuesday, November 3, 2009

Rumah Diceroboh Penyangak


Isnin 2 November 2009 - Bandar Tenggara digemparkan dengan kejadian pecah rumah di Taman Sayong Pinang. Kejadian berlaku pada sebelah pagi apabila penghuni keluar bekerja. Apa yang lebih menggemparkan lagi, 2 buah rumah tersebut yang terletak di Jalan Pinang Kuning 10 dan 7 mempunyai no rumah yang sama iaitu No 5. Menurut polis, ini bukan lah kejadian pertama. Menurutnya, kejadian pecah rumah dengan modus operandi yang sama pernah berlaku sebulan yang lalu di Jalan Pinang Kuning juga. Kebanyakan rumah yang dipecah masuk adalah milik kakitangan kerajaan yang tiada penghuni pada sebelah siang kerana bekerja. Hasil siasatan mendapati cap jari suspek telah diperolehi dan akan di hantar ke Bukit Aman untuk dikenalpasti dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut seorang mangsa, hampir RM1000 tunai telah dirompak disamping barang kemas yang bernilai RM3000.

Pegawai penyiasat merakamkan cap jari yang sangat jelas yang diperolehi pada cermin tingkap yang digunakan sebagai laluan pecah rumah.

Tingkap jenis apakah yang paling selamat dan sesuai digunakan? Dikatakan tingkap sliding paling mudah dibuka tetapi penghuni boleh menyendal dengan meletakkan kayu pada alurnya agar tingkap tersebut tidak boleh di slide. Besi pada tingkap Natco pula boleh di jack atau dipotong menggunakan gergaji besi. Namun anda dinasihatkan memasang geriji atau grill untuk melengah-lengahkan penyangak atas cubaan memecah masuk kerumah anda.

Pemasangan alarm juga sangat digalakkan dengan kos hampir mencecah RM2000. Menurut beberapa pengguna, alarm ADT agak mahal berikutan pelbagai caj dikenakan termasuklah caj bulanan, caj panggilan telefon, caj mematikan alarm dan caj pengurusan yang rata-rata menyebabkan pengguna tertipu.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Anonymous said...

dindinglah rumahmu dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran...dan bertawakkallah...