Tuesday, November 24, 2009

Penantian itu Penyeksaan!

Alkisah, kami masih di sini (Bandar Tenggara) meskipun cuti sekolah dah lama... masih ada beberapa perkara yang menangguhkan perjalanan pulang kami ke kampung. Geriji perlu di pasang, pendawaian elektrik akan dibuat pada hari selasa dan rabu. Isnin ke sekolah untuk melihat calon SPM (Guru Bertugas).... paper math! Hari isnin bila dapat gaji barulah rasa lega skit, tapi banyak bil yang perlu dilunaskan. Kipas terpaksa ditunda pemasangannya pada bulan depan. Bonus pun cukup sekadar bayar tol dan minyak untuk balik kampung.

Kisah 1: 5th Anniversary

20/11/2004 tarikh nikah kami.... hehehhh malam 20/11/2009 kami sambut ulangtahun perkahwinan ke 5 dengan makan pizza, itu pun tapau... heheheehhehh.... Orang lelaki biasalah mana nak ingat tarikh-tarikh penting nih, my dad is very good at remembering numbers, not like me! Dah 5 tahun tuh, anak masih dua... sepasang dah! Setakat nih kami tidak lagi merancang, kalau ada rezeki adalah..... Kami setahun dua ni sibuk besarkan kereta dan rumah jer...



Kisah 2: Taman Anggerik
Seronok betul bila dah ada rumah sendiri nikan. Inilah umah abg Hairul, salah seorang staff SMK Bandar Tenggara 2 yang telah membeli rumah di Taman Anggerik. Gambar ni diambil baru-baru ni selepas siap membuat pendawaian elektrik. DI pintu setiap rumah pasti ada poster yang offer macam-macam perkhidmatan termasuklah memasang geriji dan cornish. Setiap biliknya berlainan warna, oren, pink-purple dan biru.... tentu dah tak sabar nak masuk umah baru setelah sekian lama menyewa di Pinang Sireh. Tapi meter air belum dipasang lagi hehehh..... sabar ye.



Kisah 3: Konsert

Suatu hari makan di Bandar Tenggara ternampakla poster konsert ini. Menarik juga tapi sayang kami mungkin dah balik kampung.



Kisah 4: New Exora in SMKBT2

Ini pula sedara baru warga exorian di SMK Bandar Tenggara 2. Kini dah ada 2 putih dan sepasang hitam. Empunya diri belum daftar dengan EOCM lagi.... jangan tertipu dek spoiler tuh, kereta Exora M-Line tuh!


No comments: