Monday, September 28, 2009

Exora: Servis 10k

Balik dari open house cg exora aka Zaid di Umbai, Air-cond exora buat hal pulak... angin blower x kuar, macam tersumbat... hangin satu badan dibuatnya. Bila check Odo, memang dah tiba masa untuk servis 10k rupanya... kat Kluang, lalu depan service centre... tutup la pulak... Ooh hari ahad dia tutup yerr.

Anyway, petang esok terus g servis... dia suruh g servis kat kedai air-cond under proton dekat Wisma Bunga, Kluang. Evercool Sdn Bhd, memusing mencarinya.... gara-gara jalan nak ke kedai tuh one way. Pas dia check 10 minit la jugak, dia pesan next time mesti mau on dua-dua butang Air-cond dan Inner-Air. Dia suruh datang hari lain, tinggalkan kete setengah hari untuk tukar termostat controller ke ntah apa namanya pun...


Sampai hari ni belum sempat nak buat temujanji lagi... dahler minggu ni kena jaga PMR kat SSA..... hmm... tapi hari jumaat ada 1 paper jer.... boleh balik awal. atau kena balik ke sekolah semula? Susahla camni kena tinggalkan kete kat situ... nak lepak kemana nanti.

1 comment:

Anonymous said...

aku turn on 2 butang tu apa...tapi aircond problem exora still jadi gak. masa keta baru 8k. g pusat servis, dia ganti thermostat controller, order 1 minggu setengah barang sampai.