Monday, September 28, 2009

Raya with Western Food @ Hulu Langat



Bonda dan Ayahanda beraya di Kamunting, Perak bersama-sama dengan adik beradik yang lain, Ery (Pak Long), Ena (Mak Lang), Awai (Pak Teh) dan Ayu (Acu). Kakak (Mak Ngah/Nyah) dan aku (Pak Ude) beraya di rumah mertua masing-masing di Kg. Melayu Ampang dan Masjid Tanah. Raya ketiga baru kami berkumpul bersama, itupun dah lewat petang. Esoknya masak laksa.
Khamis kami beraya di Pahang, ehem.. ke Majlis Perkahwinan sepupu, Atan. Kami sampai agak lewat sekitar 2.30 ptg. Lauk pun cuma tinggal rendang daging, kuah tempoyak (ikannya dah habis) dan kerabu jantung pisang. Punca kelewatan adalah kerana terpaksa berhenti beberapa kali berikutan anak buah yang berusia 6 bulan asyik muntah - x biasa jalan jauh dalam kete agaknya. Sian dia.... masa kat Sg Ruan depan umah lama (wan & aki) di Kg Ulu Gali, sekali lagi baby muntah... kami singgah di laman Teratak Shalati2 - terus singgah beraya.

Apa yang menarik adalah sebuah basikal bermotor warna pink dok parking kat rumah tuh. Harganya dalam RM2k. Kelajuan maksima cuma 60km. Balik dari kenduri kahwin kami singgah beraya umah sahabat lama, Taufik Ishak - rakan sejak PMKP-UKM. Then kami teruskan persinggahan di Kg Ulu Gali. Disebabkan kekurangan minyak, me and my father ke Raub bukan nak cari kacang sempalit tapi Stesen Minyak Petronas. Baru 3km, minyak habis... nasib umah pakcu ada peralatannya. Adalah sekitar RM10 minyak yang dituang dalam tangki, terus enjin exora bergerak mencari Petronas. Ahah, ntah macamana tersalah bajet la pulak... mungkin penggunaan minyak lebih banyak berikutan turun-naik bukit yang agak curam semasa pergi dan balik ke rumah Pak Long. Anyway, kami teruskan perjalanan ke rumah Pak Anjang la pulak, makan malam disitu dan sekitar 6.30ptg kami bertolak ke KL dan tiba di Hulu Langat jam 9.30 mlm.
Jumaat malam sabtu kami buat Barbeque (BBQ) la pulak. Tolong makan jelah, sibuk membeli-belah di Carrefour untuk cabutan bertuah di TT Raya Southern Region di Umbai pada 26/9 di Umbai. Pergh, Chef Atan masak pelbagai jenis sup, memang best! Kelas gitu. Dia jugalah yang membakar daging (beef and lamb). Tak berani nak ganggu... hopefully akan menjadi satu tradisi raya pada masa akan datang. Orang lain kacau dodol atau bakar lemang kami bakar BBQ.
Ni hah gambar Taufik yang masih single bersama rakan serumah dari Sabah.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments: