Monday, September 28, 2009

Raya @ Masjid Tanah


Kami sefamili membuat persiapan raya di Masjid Tanah, Melaka. Selaku anak sulung, orang rumah kenala mengemas rumah kedua orang tuanya. Tahun ini semua adik-beradik ada... walaupun Mirul & Alang agak kelewatan sedikit. Puasa terakhir memang meletihkan, banyak perkara yang nak diuruskan, pasang langsir, lap tingkap, bersihkan longkang, merumput, sapu sampah.... dan tiba-tiba nak dibakar lemang. 30 batang tuh... orang penting tak balik lagi, hmm terpaksalah yang bongsu menjaga bara. Tapi akhirnya bapa mertuaku juga yang terpaksa ambil alih berikutan kami berdua ke KLIA untuk menjemput Mirul. Bertolak sekitar jam 6.00 petang, berpandukan GPS-Garmin kami melalui Port Dickson dan tiba di LCCT seawal 7.30 malam. Apa lagi, teruslah berbuka di KFC. Bila tengok skrin penerbangan, takde pulak Flight dari Labuan... cisss! Salah Airport nih.... nak call empunya badan, x dapat dihubungi. Kami terus bergegas ke KLIA pula.

Pagi Syawal yang mulia kami dikhabarkan dengan berita sedih berikutan kematian Mak Ngah, kakak bapa mertua sekitar jam 4 pagi. Pagi tuh kami tidak sempat menunaikan solat AidilFitri, sebaliknya bergegas ke kampung di Durian Tipus (Jempol). Jenazah telas siap dimandi dan dikapankan di HUKM dan tiba dikampung seawal jam 7 pagi , dikebumikan di Tanah Perkuburan jam 12.00 tengahari.

Pada malam raya kedua, barulah terasa suasana Hari Raya apabila semua adik-beradik ibu mertuaku pulang dan berkumpul di Lubok Redan, Masjid Tanah. Aki sahaja yang tiada, jika tidak lengkaplah anak-anak Merah & Arwah Nek Lijah. Mercun dan bunga api habis dibakar. Meriah sungguh. Siap ada sesi fotografi lagi....

Keesokan harinya, (raya ketiga) kami bersiap untuk pulang ke Hulu Langat, SDE. Yang lain-lain lengkap berpakaian Baju Raya untuk kerumah YB.... sempat jugalah bergambar kenangan di depan umah. Kami singgah ke Seremban, umah Kak Liza dan Mak Encik. Inilah kali pertama kami singgah selepas hampir 7 tahun berumahtangga. Sampai jua akhirnya.

No comments: