Monday, September 28, 2009

TT Raya EOCM & Papago Installation



Alkisah, sebuah pertemuan antara Exorian dari KL, Melaka dan Johor telah diadakan di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka pada 26/9/09 sekitar jam 3ptg-7mlm. Setelah puas menunggu Exorian yang tidak kunjung tiba, seawal jam 5 petang, aktiviti diteruskan dengan Garmin Installation, namun cuma 2 GPS yang sempat di-installkan.


Next, kami bergambor sakan dihadapan kereta masing-masing (thanx to our cameraman-Poknik), tidak dilupakan bersama-sama keluarga Exorian dihadapan pentas utama. Bab makan agak kelam kabut sikit berikutan kekurangan kerusi dan meja. 6.30 petang baru majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat + doa makan oleh Al-Fadhil Ustaz Ayohsu diikuti ucaptama Lan Rambai selaku Presiden EOCM. Acara dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah.... untuk makluman semua hadah tersebut dibeli di Carrefour Ampang - memang berbaloi bayaran RM5 seorang.


Sekitar jam 8.15 malam, kami sekeluarga bertolak pulang ke Lubok Redan, Melaka.... bila g ke parking, tengok semua Exora sudah tiada... rupa-rupanya kami antara yang terakhir pulang. Bukan apa, petang tuh x sempat nak meninjau tempat-tempat menarik yang ada di Umbai... Sayang sekali, menaranya ditutup kerana ada kerosakan.

Anyway, sampai aje kat umah mertua, terus on laptop untuk install Papago pulak... memang mudah, just copy all the files in the SD Card... then restart! terus ok. Tak sabar nak ke umah cg exora untuk umah terbukanya... disamping nak installkan Papago ke dalam GPS-nya. Aduhai, makan masa 2 jam gara-gara ada komplikasi virus. Folder Guider (backup Lokatoo-nya) dah corupt akibat infeksi virus. Namun, Garmin dan Papago boleh digunapakai.

Dari open house cg exora di Umbai, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Tenggara melalui jalam lama Merlimau-Muar-Batu Pahat. Jalan lancar walaupun banyak kete... air-cond pulak buat hal...
Reblog this post [with Zemanta]

No comments: