Sunday, September 13, 2009

Koleksi Soalan Matematik : Percubaan PMR 2009

Adakah sukar untuk mencarinya? Hmm... ntahler, semua soalan percubaan PMR di Johor dikutip semula dan disimpan oleh pihak sekolah. Murid tidak dibenarkan menyimpannya. Alasan diberikan adalah kerana ada murid yang belum mendudukinya - tidak hadir. Tapi yang peliknya, cecikgu juga tidak dibenarkan membawa keluar soalan (walaupun peperiksaan telah habis) dari bilik setiausaha peperiksaan. Alasan yang lebih baik diberikan, arahan pihak JPNJ. Kawan terpaksa akur dengan arahan tersebut. Hari nih, pas sepagian mengoogle soalan Matematik 2009 jumpa juga soalan Johor di laman sribd. Soalan dari Sabah, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, SBP dan Perlis juga ada. Soalan MRSM agak sukar ditemui kecuali yang lama-lama. Tapi kalau nak lebih mudah, buka aje laman ini;
http://rosmah.blogspot.com/ >>>>>>>>Terima kasih Cg Rosmah!
http://profprima.blogspot.com/>>>>>>>UPSR, PMR, SPM dan STPM pun ada. TQ!

1 comment:

Cg Rajaei Ali said...

disini juga terdapat banyak soalan2 percubaan negeri yang lepas2.dan juga KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK 2010 .www.mathgayapos.blogspot.com